ALAT ARAS DOMPOT

Alat ukur aras jurutera sesuai untuk kerja-kerja kejuruteraan dan pengukuran kerana ketepatan pengukurannya memenuhi keperluan jurutera dan ia mudah digunakan. Bahagian utama alat ini ialah teleskop yang mempunyai set kanta objek dan set kanta mata yang akan membesarkan objek yang dilihat

Alat aras dompot adalah yang paling ringkas dan mudah digunakan. Ianya terdiri daripada tiub gelembung yang diletak pada teleskop dan teleskop ini ditampung oleh plat atas. Teleskop alat aras ini hanya boleh berputar pada satah mengufuk sahaja. Untuk kerja ukur aras yang tepat menggunakan alat aras dompot ini, dua keadaan diperlukan, iaitu :-

i)       Paksi tiub gelembung aras mestilah selari dengan garis kolimatan
ii)      Kedua-dua yang tersebut ini mestilah bersudut tepat kepada paksi pugak plat





No comments:

Post a Comment