TUJUAN

Tujuan ukur aras adalah untuk mendapatkan ketinggian titk-titik atau stesen di atas permukaan bumi. Antara kegunaannya adalah :-

i) Mendapatkan beza tinggi antara dua titik.
ii)Mendirikan Batu Aras (Bench Mark) dan Batu Aras Sementara (Temporary Bench Mark) untuk sesuatu projek pembinaan.
iii)Mendapatkan keratan rentas dan memanjang yang menunjukkan profil tanah bagi projek laluan, pengairan dan sebagainya.
iv) Pemetaan garis-garis peta kontur bagi sesuatu kawasan pembinaan
v) Untuk kerja-kerja ukur kawalan pugak semasa memancang tanda (setting out)

vi) Menanda kecerunan tanah untuk tujuan tertentu seperti kerja penambakan dan pemotongan tebing serta pengaliran air. 

No comments:

Post a Comment